JERAWAT DI T-ZONE

Jerawat terhasil apabila liang pori tersumbat dengan sejenis minyak yang dikenali sebagai sebum.

Tapi, tahu tak kenapa jerawat kerap muncul di dahi, hidung dan dagu? Haa.. kalau nak tahu, ni lah kawasan yang kita namakan sebagai t-zone.
Jerawat kerap naik di t-zone ni sebabnya kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak banyak terdapat di kawasan t-zone ni. Tu sebab ramai yg asyik dok berminyak di kawasan t-zone je.. So sebum ni la yang dok block pori kita sampai naik jerawat tu.



Ni la t-zone ye.

So here are some tips to prevent the acne breakout at our t-zone!

1) Bersihkan muka 2 kali sehari (pagi + malam) dengan urutan membulat menggunakan beauty fingers kita. Jangan tonyoh terlalu kuat sebab akan menyebabkan iritasi pada kulit.

2) Jangan picit jerawat! Please lah! Bila kita picit jerawat, ia boleh akibatkan kawasan yang dijangkiti kuman tu mendap jauh ke dalam kulit. Then, ia menyebabkan jerawat tadi lebih bengkak dan merah. The worst, bila jerawat besar sangat, boleh meninggalkan parut dan kawah. Nak ke?

3) Elakkan kerap menyentuh muka dengan jari. Abestu nak sentuh guna kaki? Hihi.. Taklah. Walaupun kulit muka diknon tu sehalus sutera, kulit bayi sekalipun, elakkan sentuh tanpa ada tujuan ye. Jari kita ni kotor. Merata-riti kuman dok melekat. So kuman ni jugaklah yang pi serang kulit untuk jadi infection (jerawat) tuu. Kalau nak pakai mekup, nak pakai skincare, make sure basuh dulu tangan tu ye!

4) Paling penting, wajib make sure tidur dengan muka yang bersih! Remove segala sisa mekup, bedak semua tu lah sampai betul-betul bersih. Sebab sisa-sisa kotoran ni jugak yang boleh menyebabkan murung pagi esok bila jerawat naik sebijik! Paling selamat, tiap kali nak pilih makeup, pastikan beli makeup yang bersifat 'non-comedogeni' iaitu tidak menutup pori. Barulah tak susah sangat nak bersihkan sisa makeup tu ye.

5) Pakai pelembap! Moisturizer ni sangatlah penting ye. Sebabnya, bila kulit kita kurang lembapan, kulit kita akan jadi kering, seterusnya merangsang kulit untuk keluarkan lebih banyak minyak supaya taknak kulit kita terlalu kering. Paham? So bila kulit keluarkan banyak sangat minyak, paham-paham la ye apa akan jadi.

Nak cuci muka betul-betul bersih? Skinvigorate Brush ada!
Nak lembapkan kulit sambil control pengeluaran minyak? Oil Free Hydrating Gel ada!

Pendek kata semua penyelesaian untuk masalah muka ni, memang Mary Kay dah siapkan awal-awal dah. Tunggu awak nak try je.

Tak tahu nak pilih mana satu sesuai utk masalah kulit? Beauty Consultant Mary Kay akan consult sampai settle masalah. Konfem!

Harap hadam ye.

XOXO!

Berniaga Ni Untuk Kaya Ke?

Assalamulaikum..

Kenapa nabi s.a.w berniaga?
Sunnah? Nak kaya?
Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.
Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.
Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.
Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.
Kemudian lagi apa?
Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produk itu? Iman dan Islam.
Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia. Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita
Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.
Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.
Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.
Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.
Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.
Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.
Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?
Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.
Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.

tekun menuntut ilmu di kelas Mary Kay untuk menjadi beauty consultant terbaik

Beauty Fingers

Percaya tak, kalau kita cuci muka dengan cara yang tepat, betul-betul bersih, jerawat konfem takkan hinggap??

Macam tak logik kan? Abes tu, kenapa ada lambakan produk kat luar tu kalau cuci muka pun dah settle masalah? Haaa.. tulah masalahnya..

Yakin ke cara kita cuci muka selama ni dah betul? Yakin sangat dah? Hihihi..
Meh sini aku citer step by step cara nak cuci muka dengan cara yg sebenar-benar cara ye.. Ececece.. Bajet expert kan? Haaha..
Haruslah..Nama pun beauty consultant Mary Kay..Kami dilatih hokey..

Tapi sebelum sentuh bab cara betul nak cuci muka tu, nak kena tahu dulu la kan.. Nak cuci guna apa utk betul-betul cuci ni..

So let's sedut ilmu ni!

Cara yang aku explain kt bawah tu based on rajah ni ye..

Penah dengar tak Beauty Fingers? Jariku yang cantik? Hahaha...Cuba korang tengok jari tangan kiri ngan kanan tu.. Ce goyang-goyang jari hantu ngan jari manis tu sikit...

Haa..Dah??

Dua jari tu la yang kita panggil as beauty fingers tau.. Kenapa tu?jari lain tak cantik ke? Aku tengok jari telunjuk aku lagi runcing.. cane tu?kikiki..

Bukan sebab physically cantik ke apa ye.. Dua jari tadi tu kita rujuk as beauty fingers sebab 2 jari ni la yang kita guna untuk apa-apa yang berkaitan dengan penjagaan wajah kita nanti.. Baik cuci muka or nak pakai skincare, makeup lepas ni.. 2 jari ni je. No more!

Kenapa jari ni? Kenapa tak jari lain? Ibu jari ke...chubby-chubby. comel sikit kan..Hmm.
Sebabnya jari hantu + jari manis ni la yang senang nak control dan memberikan sentuhan lembut pada kulit kita. Tak caye? Try cubit pipi guna jari telunjuk ngan ibu jari.. Sakit kan??Sebab jari-jari ni bagi tekanan yang kuat pada kulit kita. Tapi kalau guna beauty fingers tadi, tak sakit pun kan?

So apa benefits yang kita dapat kalau guna beauty fingers ni?

ni rajah kulit kita tau..boleh tengok ni untuk hadam

Nak tahu kenapa tak boleh guna jari-jari lain selain beauty fingers? Tadi aku cakap sebab jari lain bagi tekanan lebih sikit kat kulit kita kan? Rujuk rajah kulit kita tu. Bila kita guna jari yang bagi tekanan yang kuat, secara tak langsung, kita akan bagi tekanan kat kulit kita. Bila bagi tekanan, tu akan menyebabkan lapisan minyak kat bawah kulit tu berkocak.. Tau? Shake it shake it.. Hahaha.. Bila dah p ganggu minyak tu, ko shake-shake dia, sebab tu la minyak tu keluar secara berlebihan, so muka korang pun jadilah berminyakk..

Nak ke?
Bukan berminyak je tau. Tapi bila berminyak berlebihan, minyak tu akan block pori. Bila pori dah kena block, jadilah benda paling kita taknak.. 
JERAWAT!

So sekarang dah kenal la beauty fingers kan..
Next entry aku explain cara yang betul untuk guna beauty fingers ni ye :)

Cara Hilangkan Biji Kolesterol

Hai.. Rajin pulak aku update entry ni.. Yelah, everything pasal Marykay memang rasa nak senyum je manjang.

So here it is!
ni la biji kolesterol tu,, ada yg panggil tetua la. Bertahun pun tak hilang ni


Bahaya ke biji kolesterol ni? Ramai yang cakap biji kolesterol ni berpunca dari pemakanan kita. Means if you take lots of makanan yang berkolesterol, maka akan keluar la biji ni kat muka tu.
So biji ni some kind of sign to show that your cholesterol level is high. Probably!

Another thing is that, when you remove your makeup using oil-based remover, it'll eventually cause this thing to develop on your face. Haa..scary right? Once dah developed kat muka tu, sangat susah nak remove tau.. Bukan macam pimple.. Picit-picit, keluar nanah, terus kering. No ok!

So Mary Kay came out with a really good formula to prevent this.

Oil Free Makeup Remover. Harga sangat la berpatutan, tahan 1 tahun++.. So, we only spend dalam RM5 je untuk benda alah ni.

Tidak mengandungi minyak dan tidak meninggalkan kesan berminyak selepas digunakan

Mengandungi Vitamin E untuk melembapkan dan melembutkan kulit

Merupakan supplement kulit kerana bukan sekadar menanggalkan kesan makeup, malah boleh melembapkan dan mencerahkan kulit

Mengandungi SILIKON yang berupaya untuk menganjalkan dan merawat kulit. Mampu merawat kulit dari kusam kesan daripada pemakaian makeup

Boleh digunakan pada bahagian mata dan bibir sahaja!

Mampu menanggalkan sisa makeup Waterproof dengan hanya sekali sapuan.. Woww!

Menanggalkan makeup dengan lembut, ringan dan nyaman pada wajah

Oil Free Makeup Remover Marykay. Best gilerr



Have you ever bumped into makeup remover that can remove makeup, and at the same time can treat your skin? Me not! Normally yang ada boleh mengeringkan kulit je.

I love makeup and memang tiap hari akan pakai makeup.. Samada tebal atau tak je.. Before I met Mary Kay, I also only use baby oil to wipe out my makeup.. Sekarang tak lagi.. Ada Oil Free Makeup Remover Marykay ni je.. Best sangat.. Tak rasa greasy pun tau..



No wonder la this is one of the best selling item in Mary Kay.

Place your order now!
014-2911541 
Nadia Beauty Consultant Mary Kay

Cinta Pandang Pertama with Mary Kay



    • Assalamulaikum..

    Entry aku harini, aku nak crita sikit pasal how i met you mother. Eh..haha.. How i in love for the first sight dengan Marykay laa..

    Bulan 12 2016 haritu, one of my bestfriend kawen..berkawan since kindergarden lagi sampai laa ni, nak masuk umo 25 tahun dah..Tua dah akuu.. huhu..Congrates to Rabita Mohamad, moga cepat-cepat dapat baby ye.. Aku memang awal-awal pagi lagi datang rumah dia..Niat nak tolong apa yang patut..hihi.. Baik tak aku?kahkahkah.

    Sebab aku sekampung dengan dia je, pastu dalam ramai-ramai geng kitorang, masing2 sume berhijrah ke luar Kelantan, tuntutan kerja.. Aku je antara kawan yg direzekikan kerja kat Kelantan. Alhamdulillah for that.
    Tambah pulak bf aku ni kawen hujung minggu, so of course la aku p kan.. And I was so impressed with my bf ni sebab majlis kawen dia ni betul-betul sangat simple. No bridesmaid, no MUA ke ape, no photographer ke ape. Everything buat sendiri and buat yg wajib je.. So kebetulan our another bf tengah tunggu nak posting cikgu, so memang free, die la yang mai jadi MUA bidang terjun. That y la kami mai pagi2 lagi untuk tolong bride kita ni makeup..
    ni la kawan aku yang baru kawen tu..yang tudung cekelat tu la mua yang aku cakap tu..tengok kulit depaa,,aku yang bare face pakai spect tu..kiki..pucatt je

    • Settle sume, dah habis kenduri tu, aku pun wasap la kawan aku si MUA tu.. Nak tau apa aku wasap? Aku tanya muka dia pakai foundation ape sebab nampak cantik sangat-sangat,, Seriuss wei,. Sepanjang aku sampai pagi tu, sampai la kitorang balik petang tu, aku dok kagum tengok kulit muka dia je.. Lawa sangat..Mesti pakai foundation mahal nii..Sebab memang aku nak sangat2 dapat look macam tu, tu aku sanggup wasap utk tanya tu..haha..Takleh nak tahan dah curious tu..Dah memang nampak flawless, gebu sangat. Dia pun cakap la guna Timewise Matte-Wear Liquid Foundation Mary Kay..

    kawan aku yang pakai baju biru sebelah kanan pengantin.. lawa giler kan kulit die,,die memang dah lawaa..tp kulittt tuu

    Aku dengar je Mary Kay, terus aku pikir; alaaa.. Baru je nak g beli jugak..Ingatkan guna foundation biasa-biasa, boleh la beli.. Kalau cakap Maybelline ke bolehla..Ni Marykay, mana la aku mampu.. Sob2..Tapi aku dok nekad jugak, aku tetap nak beli sebab memang nampak lawa giler2 kot.. Aku sanggup nak pejam mata je untuk beli sebab aku memang berkenan sangat.. Weii.. tak pernah lagi aku dok gilaa kt foundation sampai tahap macam ni hokeyy..

    Kebetulan aku ada kawan sorang dekat MRSM dulu yang jadi beauty consultant MK ni.. aku pn msg kawan aku tu, terus cakap nak beli, aku pikir nanti la aku saving tang lain..sanggup tu demi foundation..Yang penting aku dapat foundation ni.. Rupanya lepas aku tanya tu, harga die RM79 je,,,and kawan aku yg MUA tu cakap, die dah pakai 1tahun++...tu pun tak habis2..maknanye kalau foundation ni tahan 1 tahun 1 bulan, means 13 bulan, ko baru spend dalam RM6 je sebulan utk foundation ni..

    Memang worth it giler-giler la kan..Aku pun terus order aritu jugak..sambil-sambil order tu, aku ada godek-godek la apa lagi kebaikan foundation ni..sebab memang aku punya style, aku kena baca banyak-banyak dulu kebaikan produk yang aku nak beli tu beberapa hari, baru aku akan order.. Tapi foundation ni aku order dulu..Nampak tak gelojoh eksited sangat tu?Hahaha.. so ni yang aku dapat..cekidout..

    • Mary Kay Timewise Liquid Foundation dirumus dengan vitamin E dan sebatian peptida pembina kolagen untuk kulit tampak lebih tegang, muda dan sihat.. Dengan formula yang ringan (rasa seperti tidak memakai foundation), setiap sapuan akan lebih rata dan licin, hasilnya garis halus, kedutan dan penampilan pori dapat dikurangkan.. Kulit juga akan rasa lebih lembap sepanjang hari.. Liquid foundation ini juga direka khas untuk memenuhi keperluan setiap kulit yang berbeza:


    • ❄ Matte-Wear - untuk kulit jenis kombinasi atau berminyak. Mampu mengawal minyak dan kilatan sepanjang hari. 

    • ❄ Luminous-Wear - untuk
      kulit kering atau normal. Mampu melembapkan kulit dan memberi kemasan kilauan yang tahan lama.

      Yang bestnya, anda tak perlu risau muka akan bercapuk bila berpeluh sebab dengan foundation ni makin anda berpeluh wajah anda akan kelihatan lebih cantik dan flawless.. Foundation ni one of the best seller tau.. Yang paling penting ia telah diuji oleh ahli dermatologi, sesuai untuk kulit sensitif dan non-comedogenic (tidak menyumbat liang pori).. Anda bebas memakai foundation tanpa perlu risau tentang jerawat.. 


    • Meninggalkan effect matte dan wajah tidak kelihatan berminyak dalam tempoh masa yg panjang.

      Sebab non-comedogenic ni la yang aku paling terujaa tu.. Perasan tak, kalau korang pakai foundation beberapa jam, ko dah rasa rimas? Tu sebabnya foundation tu block pori, so kulit takleh nak bernafas. Sebab tu jadi rimas tu.. Tapi foundation Marykay ni non-comedogenic, sebab tu pakai 8jam sekalipun, still tak rasa pape sebab die tak menyumbat pori.. So kulit masih boleh bernafas, takde rimas2..


    ni rupa real die..ni aku punya tauuu
    aku punya matte-wear beige 3..kawan aku si mua tu pn sama ngn aku

    • ni la rupenye..boleh pilih ikut kaler kulit..ivory org yang putih pink, beige putih kuning, bronze tu utk kulit sawo matang ngan gelap

      Lepas aje aku order foundation ni, aku terus berdaftar sebagai Independent Beauty Consultant Marykay.. Nak tahu kenape??Nanti aku story kat next entry yeee...

    • Kalau korang nak jugak kulit cantik, meh la pakai foundation ni.. Seriuss takkan nyesall..konfem..

    • meh nak order ngan aku pn boleh ye..

    • 014-2911541 (Nadia)
    • Senior Independent Beauty Consultant
    • Mary Kay




Powered by Blogger.

Search This Blog

Pages