Kenapa nabi s.a.w
berniaga?
Sunnah? Nak kaya?
Nak tahu kenapa Islam
menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya.
Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan,
kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.
Nabi s.a.w berniaga di
usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum
dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara
terang.
Orang yg berniaga ini
tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki
dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha.
Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.
Kemudian dalam berniaga
mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal
ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan
belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah
dilantik menjadi rasul.
Kemudian lagi apa?
Ukhwah dan silaturrahim.
Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun
bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam
berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina
sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi
s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan
melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari
buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga
akan disampaikan dgn jujur. Apa produk itu? Iman dan Islam.
Berniaga akan bawa diri
kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat
kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg
terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di
Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia. Dan dalam konteks dakwah
nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian
ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai
golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah
dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan
kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita
Perniagaan adalah satu
tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala
kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg
berniaga.
Ramai antara kita membaca
kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun
ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.
Ketahuilah, baginda bukan
duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan
perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali
umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.
Oleh itu, sunnah dalam
perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah
diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa
syukur dan tawakkal.
Sekiranya berniaga untuk
kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan
pertama.
Tetapi sekiranya berniaga
untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah
matlamat asal perniagaan dalam agama.
Lupakah kalian pada sabda
baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin
yg lain?
Sebenarnya konsep berniaga
adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.
Sebab itu berniaga kena
pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh
malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.
0 comments:
Post a Comment